Seorang pemandu lori tersepit selepas kenderaan
yang dipandunya terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira lima meter ke bulatan
Simpang Lima di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi,
lori seberat lima tan berkenaan dipercayai terbabit dalam satu kemalangan dengan
sebuah bas dan tiga kereta sebelum ia terhumban ke bawah jejambat
berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan
raya dari semua arah ke bulatan berkenaan. Penolong Pengarah Operasi dan
Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pasukannya menerima
panggilan pada jam 8.50 pagi tadi dan kerja mengeluarkan pemandu lori seberat
lima tan itu sedang dijalankan.
"Pemandu dianggarkan berusia 50-an dan masih
tersepit di dalam kenderaan berkenaan," katanya. - BH
0 Response to "(5 Foto) Dasyat Lori 5 Tan Terjunam Dari Jejambat"
Catat Ulasan