KUALA LUMPUR 12 Mac - Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah dilihat menyalahkan sistem perundangan dan mahkamah untuk meraih simpati pengundi Kajang bagi menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut 23 Mac nanti.
Azizah yang juga calon PKR pada PRK tersebut mendakwa Istana Kehakiman bukanlah tempat untuk menegakkan keadilan tetapi hanya menempatkan hakim-hakim mahkamah sahaja.
"Saya nak ajak terutamanya orang Kajang, Kajang terpilih. Kajanglah tempat untuk saya meraih pertolongan. Bukannya simpati atau tidak. Tetapi jika melihat kepada ketidakadilan berlaku bukan simpati namanya tetapi tangungjawab kita bersama membela orang yang tertindas.
"...dengan usia dan kudrat yang saya ada, InsyaAllah, saya akan turun padang untuk mohon dan tolonglah (untuk) betulkan kelalaian di Malaysia ini. Betulkan bagi mendapatkan keadilan," katanya ketika Ceramah Perdana anjuran PR di Taman Ceupacs, malam tadi.
Ceramah tersebut turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR lain.
Menurut Azizah, pendakwaan dan hukuman terhadap suaminya jelas menunjukkan ketidakadilan berlaku pada sistem perundangan dan mahkamah sehingga Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.
"Sepatutnya Palace of Justice (Istana Kehakiman) adalah tempat untuk menuntut keadilan. Punya tak mahu menuntut keadilan itu mereka tukar nama kepada Istana Kehakiman. Istana (untuk) hakimlah. Istana hakim-hakim.
Anwar dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribdainya Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu di sebuah kondominium di Damansara.
0 Response to "Azizah Guna Kes Liwat Anwar Raih Simpati Kajang"
Catat Ulasan