BN Janji Kajang Dijadikan Bandar Kebudayaan

alt

KAJANG 14 Mac - Barisan Nasional berjanji akan menaikkan imej Bandaraya Kajang sebagai Bandar Kebudayaan sekiranya menang pada PIlihan Raya Kecil (PRK) Kajang menentang calon Pakatan Rakyat (PR) Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengumuman tersebut dibuat oleh calon BN Datin Seri Paduka Chew Mei Fun yang optimis dapauntuk menjalankan pelbagai aktiviti kebudayaan bagi menonjolkan imej Kajang.

Perkara tersebut merupakan salah satu daripada lima manifesto BN pada PRK tersebut untuk dilaksakan sekiranya mendapat mandat sebagai wakil rakyat 23 Mac ini.

Menerusi manisfesto tersebut, isu kesesakan lalu lintas kronik turut diberi perhatian dengan pendekatan lebih holistik melalui penyelarasan seiring projek Aliran Transit Massa (MRT).

Selain itu, BN akan menumpukan masalah banjir yang menjadi 'acara' tahunan semenjak kali pertama banjir besar berlaku pada 2008 sewaktu PKR meneraju kawasan tersebut.

Sebelum ini PKR turut mengumumkan untuk menyelesaikan masalah sama sewaktu pelancaran manifesto parti tersebut kelmarin sungguhpun telah memegang tampok kepimpinan Kajang selama dua penggal.

Janji terakhir BN pada PRK Kajang adalah mengenai usaha membanteras jenayah menerusi kerjasama erat bersama pihak polis dan orang awam.

PRK Kajang memperlihatkan dua ikon politik wanita 'bertempur' satu lawan satu antara Mei Fun dan Azizah.

Azizah yang juga Presiden PKR dicalonkan pada saat-saat akhir menggantikan suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan bertanding setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Pilihan Raya kali ini pada asalnya dianjurkan bagi membuka laluan kepada Anwar untuk memasuki arena politik Selangor dan menjadikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim setelah penyandang ADUN Kajang meletakkan jawatan tanpa sebab.

 

Related Posts :

0 Response to "BN Janji Kajang Dijadikan Bandar Kebudayaan"

Catat Ulasan