Daim Mangsa Tomahan Baru Anwar

alt

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat kehabisan 'pemimpin' UMNO untuk dicemuh apabila menjadikan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai sasaran tomahan terbarunya.

Anwar dalam ceramahnya baru-baru ini menyelar Tun Daim memiliki sejumlah wang yang banyak di akaun bank luar persisir di Afrika dan Eropah Timur bernilai berbilion ringgit.

"Tun Daim Menteri Kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup dalam sejarah Malaysia, saya ambil selepas dia. Lepas jadi Menteri Kewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika dan Eropah Timur untuk simpan duit menggunakan proksi," katanya baru-baru ini.

Tuduhan serupa dilemparkan Anwar di beberapa siri jelajah ceramahnya termasuk di Betaria Business Centre, Jalan Dato Siamang Gagap, Seremban, Negeri Sembilan.

Tindak-tanduk beliau itu dipercayai ada kaitan dengan ucapan Daim yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang termasuk menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai pelakon hebat yang bijak mengaburi mata penonton.

Ketika krisis ekonomi 1997, Daim yang ketika itu Menteri Kewangan berjaya menyelamatkan Malaysia keluar daripada kemelut global itu bersama Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. ahathir Mohamad.

Malah, Daim diakui sendiri oleh Dr. Mahathir sebagai arkitek ekonomi hebat dan banyak berjasa kepada kemajuan Malaysia.

 

Related Posts :

0 Response to "Daim Mangsa Tomahan Baru Anwar"

Catat Ulasan