Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Terhempap TV

 


 


SEREMBAN, 14 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat terhempap peti televisyen di rumahnya di Taman Gadong Jaya dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai E. Soloman Aaron yang mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Bapanya G. Egenase, 38, berkata anaknya pada mulanya dikejarkan ke Klinik 1Malaysia berhampiran rumahnya sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Bagaimanapun anaknya dilaporkan meninggal kira-kira pukul 5.45 petang.

Beliau berkata ketika kejadian, isterinya berada di dapur dan dia kemudiannya dikejutkan dengan bunyi bising yang datang dari arah ruang tamu.

Isterinya kemudiannya terkejut apabila mendapati rak TV menghempap anaknya manakala peti TV berada di sisi anaknya, katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.


 


 

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Terhempap TV"

Catat Ulasan