Kesesakan Lalu Lintas Di Kajang Tiada Penyelesaian.

alt

KAJANG 14 Mac - Masalah kesesakan jalan raya di Kajang bukanlah perkara baru malah ianya sudahpun mencapai tahap kronik tiga tahun sebelum bermulanya pembinaan Projek Transit Aliran Massa (MRT) baru-baru ini.

Penduduk Kajang Raja Abdul Aziz Raja Azlan, 53, berkata, lencongan yang dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan projek tersebut juga tidak efektif kerana ianya memburukkan lagi keadaan sedia ada.

"Apabila adanya projek MRT kesesakan lalu lintas menjadi semakin teruk kerana ada jalan yang ditutup dan dilencongkan.

"Tidak logik jika hendak buat jejambat di sini kerana ia akan menutup semua kedai di kawasan berhampiran," katanya kepada Rakyat News di di sini hari ini.

Raja yang menetap di Kajang lebih 20 tahun menjelaskan, kesesakan di Kajang turut disumbang oleh kepadatan penduduk yang kian meningkat tambahan pula lokasinya berdekatan dengan Putrajaya menjadikan Bandar Kajang tempat strategik untuk didiami.

alt

Sementara itu , Radin Hariz Mohd Ali, 29, berkata pembangunan tidak terancang di Bandar Kajang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang berlarutan sekian lama.

Katanya, masalah ini mungkin akan selesai sekiranya projek MRT siap kelak.

"Bagi saya kesesakan di Kajang ini agak sukar untuk bergerak kemana-mana semenjak adanya projek MRT dan pembangunan lain," katanya.\

alt

Mohd Zaidi Abdullah , 46, berkata, sungguhpun lencongan dibuat bagi mengalihkan aliran trafik dari projek MRT, ianya tidak membantu untuk mengurangkan masalah kesesakan kerana kepadatan penduduk dan pembangunan Bandar Kajang terlalu tinggi.

"Sementara MRT dalam pembinaan untuk disiapkan ruang jalan menjadi semakin sempit dan kereta di Bandar Kajang semakin bertambah.

"Untuk jangka masa panjang apabila MRT itu sudah siap saya rasa jalan kembali seperti sedia kala," katanya.

 

Related Posts :

0 Response to "Kesesakan Lalu Lintas Di Kajang Tiada Penyelesaian."

Catat Ulasan