Khairy : Satu Malaysia Mahu Tampar Kamu, Raja Bomoh

Rakyat News

 

KUALA LUMPUR 15 Mac - Ugutan Raja Bomoh yang mahu menampar Khairy Jamaluddin seperti buaya akhirnya dijawab Menteri Belia dan Sukan itu.

Khairy dengan nada sinis berkata, satu Malaysia mahu menampar Raja Bomoh itu susulan tindakannya melakukan aksi yang memalukan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

"Dia sorang yang nak tampar saya...tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.

"Perbuatan dia syirik, khurafat...saya tak nak layan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
 

Rakyat News

 

Tindakan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP itu ekoran desakan Khairy yang mahu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas dikenakan terhadap perbuatan menjatuhkan maruah dan mencalar imej negara.

Isnin lalu, Ibrahim bersama pasukan bomohnya mengejutkan pengunjung KLIA  dengan melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing dan batang buluh.

Ianya diikuti keesokan harinya apabila Raja Bomoh itu menjalankan ritual menggunakan tikar, bakul mengkuang dan dua biji kelapa dalam misi mencari pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga kini.

Upacara ritual yang dijalankannya bersama dua lagi pengikutnya itu mendapat kritikan meluas di media-media sosial selain dijadikan parodi.

 

 

Related Posts :

0 Response to "Khairy : Satu Malaysia Mahu Tampar Kamu, Raja Bomoh"

Catat Ulasan