MH370 : MAS Ambil Serius Dakwaan Terhadap Pembantu Juruterbang

alt
 
KUALA LUMPUR 12 Mac - Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, Fariq Ab Hamid.
 
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.
 
"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.
 
MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.
 
"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," katanya.
 
MAS berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot'.
 
Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu lalu.
 

0 Response to "MH370 : MAS Ambil Serius Dakwaan Terhadap Pembantu Juruterbang"

Catat Ulasan