Rosmah Beri Sokongan Moral Kepada Keluarga Penumpang MH370

alt




PUTRAJAYA 9 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat keluarga mangsa pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini sebentar tadi.

Rosmah tiba pada kira-kira 12.45 tengahari sebelum meluangkan masa hampir dua jam bagi memberi sokongan moral dan menyelami perasaan sedih dialami keluarga mangsa.

Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.
 
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pada hari penerbangan.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
 
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
 
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.


via : rakyatnews.my

0 Response to "Rosmah Beri Sokongan Moral Kepada Keluarga Penumpang MH370"

Catat Ulasan