Sebab sebenar Rozita Che Wan tidak malu mengandung di usia 40-an

Baru empat bulan mendirikan rumahtangga dengan Zain Saidin, Che Ta, 42, sudah disahkan hamil anak ketiga dan pertama buat Zain.

Menganggap ianya satu anugerah Allah yang tidak ternilai, pasangan Che Ta dan Zain tidak mahu lagi memikirkan tanggapan-tanggapan negatif yang dilemparkan segelintir peminat kepada mereka di laman-laman sosial.

Begitu juga dengan dakwaan individu tertentu yang mengatakan pengacara Primadona itu tidak tahu malu untuk mengandung di usia 40-an. Kata Che Ta, umur 42 belum terlalu tua untuk hamil lagi.




"Mengapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu beranggapan negatif, itu memang melambangkan mereka yang tidak boleh lihat orang lain bahagia."

Pesanan penulis, Che Ta perlu terus tabah menghadai pelbagai tomahan tidak masuk akal yang cuba dilemparkan orang lain. Mungkin mereka cemburu kot.

0 Response to "Sebab sebenar Rozita Che Wan tidak malu mengandung di usia 40-an"

Catat Ulasan