Suspek Yang Membuang Al-Quran di TERENGGANU Dijumpai

Wajah Lelaki Buang Al Quran Dalam Tandas Tersebar | Heboh semalam kejadian menghina Al-Quran yang berlaku di sebuah Masjid di Terengganu

Pada mulanya, gambar suspek yang disebarkan dalam laman sosial menunjukkan wajah seorang pemuda seolah-olah parah dibelasah. Namun sebenarnya, gambar tersebut berlaku ditempat lain dan disebabkan oleh kemalangan. Kini, melalui gambar yang diterima daripada whatsapp, Wajah sebenar suspek tersebar beserta dengan gambar kad pengenalan beliau seperti dibawah:suspek

Polis berjaya menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja dengan tertangkapnya suspek lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa. Terdahulu, BH hari ini melaporkan penduduk sekitar Limbongan, Jertih gempar apabila masjid kampung itu diceroboh pihak tertentu yang merosakkan ratusan al-Quran dan kitab dalam kejadian awal pagi semalam.

2

Dari maklumat terkini yang diterima, seorang pemuda mengaku sebagai sepupu suspek telah mengeluarkan kenyataan di FB beliau dan telah membuat pengesahan bahawa suspek seorang pesakit mental.

Dalam kejadian semalam, suspek pulang ke rumah dengan kaki yang berdarah dan memberitahu keluarganya dia kemalangan. Suspek telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pihak hospital memaklumkan kecederaan itu akibat terkena serpihan kaca.

4

Setelah didesak, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan kini berada dalam tahanan polis. Sepupu suspek juga meminta supaya orang ramai tidak lagi menjadikan suspek sebagai sasaran maki hamun. Beliau juga mengharapkan doa orang ramai supaya sepupunya itu kembali normal seperti sebelum ini.















0 Response to "Suspek Yang Membuang Al-Quran di TERENGGANU Dijumpai"

Catat Ulasan