2 GAMBAR 'CANGGIH' DRONE KOREA UTARA DITEMUI TERHEMPAS DI SEMPADAN KOREA SELATAN



 






SEOUL - Tentera Korea Selatan mendakwa pihak tenteranya menemui sebuah pesawat Drone yang disyaki dihantar dari Korea Utara, ekoran penemuan 2 objek yang sama sejak beberapa minggu ini.

Pesawat drone yang dilengkapi kamera itu ditemukan di Jeongseon oleh tentera, hari ini.

"Kami akan menjalankan siasatan ke atas objek tersebut yang disyaki dihantar oleh Korea Utara," kata jurucakap TKS itu.

Sebelum ini, Korea Selatan menemui 2 drone, sepanjang satu meter & 2 meter lebar berwarna biru, yang terhempas di sempadan negara ini dengan Korea Utara.

Pesawat drone itu disyaki mengambil beratus-ratus gambar kawasan sempadan dan Seoul termasuk Istana Presiden. - AFP

Drone berkenaan dipercayai menggunakan DSLR Canon. Menurut sumber, kelajuan Drone ini boleh mencecah sehingga 400 KMH dan boleh mengelak dari dikesan oleh radar ketenteraan.


 

Jika sekali pandang, ia seakan-akan kapal terbang mainan. Tetapi jangan mudah terperdaya, rekabentuk tidak penting dalam hal ini kerana, jika drone ini kelihatan seperti mainan, sudah tentu orang tidak akan mengambil peduli akan kehadiran pesawat 'mainan' ini di udara.

Untuk pengetahuan, ciptaan Drone meskipun dalam bentuk tak canggih dan moden, tetapi hasil intipannya yang tip top menjadi satu bukti yang penting dalam mana-mana misi pengintipan.

0 Response to "2 GAMBAR 'CANGGIH' DRONE KOREA UTARA DITEMUI TERHEMPAS DI SEMPADAN KOREA SELATAN"

Catat Ulasan