SHAH ALAM: Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri.
Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.
![]() |
wartawan menunggu di luar mahkamah |
Ya, hari ni sudah jatuh talak, dan itulah ia, katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.
Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua, saya reda dengan ketentuan Allah, katanya. Credit Mstar
0 Response to "Adam Dan Fiza bercerai talak satu selepas 7 bulan bernikah !"
Catat Ulasan