Balasan bunuh ibu tiri

Shah Alam: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dua tahun lalu.


Namun, Hakim, Datuk Akhtar Tahir akan menentukan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang berusia 16 tahun ketika kejadian pada 28 April ini selepas mahkamah mendapat laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Zahidah Ahmad, 27, bersama adik tirinya didakwa membunuh Tanziah Zainuddin, 72, dalam kejadian di Taman Sri Wangi, Kapar jam 5.30 petang, 14 Julai 2012.

Tertuduh bersama didakwa menekup muka mangsa sehingga lemas bagi mendapatkan barangan kemas milik ibu tiri mereka.Kedua-dua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 Response to "Balasan bunuh ibu tiri"

Catat Ulasan