Biodata Profesor Madya Izzi Haji Ali (Prof Izzi)
Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof. Izzi cukup dikenali dengan tagline renung-renungkan dan selamat beramal di radio swasta Hot FM.Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali anak kelahiran Kuala Terengganu lebih 40 tahun yang lalu.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (Sekolah Rendah Tengku Bariah) Kuala Terengganu.Menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu dan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Terengganu (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud) Kuala Terengganu, (Sijil Pelajaran Malaysia).

Menyambung pelajarannya di Humboldt State University, California.Di universiti tersebut beliau diamanahkan untuk menerajui Persatuan Pelajar Malaysia.Selepas menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana di California State University, Fresno, California.Di universiti ini, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia.Selepas menamatkan pelajaran di luar negara, beliau mengambil Diploma Ijazah Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Selepas tamat pengajian, beliau mula berkhidmat dengan Universiti Teknologi Mara semenjak tahun 1989 sehingga kini.Di UiTM beliau pernah di lantik sebagai Koordinator Pengajian Jarak Jauh, Penyelaras Program Bimbingan Belajar dan Ahli Jawatankuasa Kualiti.Beliau menerima anugerah khidmat cemerlang UiTM pada tahun 1994 dan 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya pada Julai 2001.Pada tahun 2001, 2003 dan 2004 beliau menerima anugerah Pengajaran Contoh UiTM Terengganu.Dalam pengucapan awam, beliau mula melibatkan diri secara aktif semenjak tahun 1993.Beliau biasa melibatkan diri dalam memberi ceramah dan kursus dalam bidang motivasi, pengucapan awam, pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi, kemahiran belajar dan keibubapaan.Pernah menjadi tetamu jemputan untuk beberapa rancangan di radio, TV1, TV3 dan ASTRO seperti Fikir-fikirkan, Fikrah, Pendidikan, Cabaran, Kuliah Subuh (TV3), Petua (TV3), Bincang Petang (TV3), Selamat Pagi Malaysia (TV1), Inspirasi Pagi (TV1), Malam Ini Linda (ASTRO) dan lain-lain lagi.
Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Informis Sdn Bhd., Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Biro Tata Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya.
0 Response to "Biodata Profesor Madya Izzi Haji Ali"
Catat Ulasan