Menceritakan lebih lanjut mengenai pengetahuannya tentang islam, kata Stacy, dia mempelajarinya selepas mendapat bimbingan daripada Akim. Tambahnya, Akim juga banyak menjelaskan tentang Islam setiap kali mereka bertemu jika ada perkara yang tidak difahaminya.
"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," ujar Stacy dipetik sebagai berkata pada media di Auditorium Bently Music, Petaling, semalam.
"Jika suatu hari nanti hati saya terbuka untuk memeluk agama Islam, saya mahu keputusan itu didorong atas kehendak saya sendiri.
"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim, bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," kata Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.
"Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” katanya bersungguh.
Harapan dan doa kita moga niat Stacy itu bakal menjadi kenyataan. Amin.
Related Posts :
BACA NI CARA YANG BETUL CARA MANDI WAJIB Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tan… Read More...
Bersolek Dalam Islam yang Perlu Anda Tahu Kaum wanita boleh bersolek jika dipenuhi di dalamnya beberapa hal berikut: i.Tidak berhias di hadapan lelaki yang bukan mahramnyaA… Read More...
Inilah Kuasa Doa Kuasa Doa If it is meant to be, it will definitely in your direction. Just keep praying.. … Read More...
ADAKAH 'KENDURI ARWAH' ITU WAJIB DIBUAT? Gambar Hiasan Adakah 'Kenduri Arwah' itu wajib dibuat?Persoalan saya selama ini terjawab juga akhirnya dalam program Al-Kuliyah petang… Read More...
Kenapa Kita Tak Boleh Gantung Gambar ? Kalau Tak Boleh Gantung, Nak Letak Kat Mana? Soalan: Assalamualaikum Ustaz.. Maaf menggangu ustaz..semoga ustaz sentiasa dalam rahmat ALLAH.. Saya ingin bertnya,sy melih… Read More...
0 Response to "'PELUK ISLAM' BUKAN KERANA 'AKIM' - STACY"
Catat Ulasan