![]() |
PETALING
JAYA: Stesen televisyen TV AlHijrah sedang meneliti isi kandungan
beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya
ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama
hadis-hadis palsu.
Pegawai Perhubungan Korporat TV
AlHijrah, Irwan Abdul Rahman berkata, pihaknya juga akan mengambil kira beberapa
pandangan pihak-pihak yang berpengetahuan soal Agama Islam sebelum memutuskan
bentuk tindakan yang sepatutnya.
Kami sedang kumpulkan beberapa perkara
dan mengkaji semula semua video dan komen yang disebarkan itu sama ada daripada
program televisyen terbitan TV Al Hijrah ataupun video
lain.
Ustaz
selebriti itu dikatakan telah menyampaikan ceramah dengan mengemukakan
hadis-hadis palsu dan tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan
banyak pihak.
Malah, pelakon dan pengacara Wardina
Safiyyah melalui laman sosial Facebook miliknya turut meminta mufti dan para
ulama menilai ceramah yang disampaikan oleh ustaz tersebut untuk kepentingan
semua umat Islam.
Selain mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz
Don juga mengendalikan rancangan agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah pada setiap Isnin Hingga Khamis,
pukul 9.30 malam.
Sementara itu, Irwan menjelaskan, segala program
yang diterbitkan oleh stesen televisyen itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk
disiarkan kepada umum.
Pihak kami ada unit bagi mengkaji topik
yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don. Kandungan yang diberikan biasanya
disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum ia diluluskan untuk siaran,
ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Don tidak dapat
dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika ini beliau berada di United
Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program berbentuk keislaman. Kredit
Mstar
0 Response to "Isu Hadis Palsu : TV AlHijrah teliti Video Ceramah Ustaz Don !"
Catat Ulasan