Selepas kontroversi beliau 'akan' diaibkan oleh individu warga Filipina semalam, pagi ini Amin Idris mengeluarkan kenyataan berkenaan status terkininya.
SAYA BERSYUKUR KERANA UKHWAH KURNIAAN ALLAH | Menyusuri, melihat dan membaca komen-komen sokongan daripada ramai orang samada dari rakan-rakan dan guru-guru saya semasa di sekolah rendah, SMKA Falahiah, UIA, sahabat & senior motivator, trainers, teman-teman penulis, ahli-ahli usrah dan para nuqaba' yang pernah membimbing saya, staf-staf saya di AiTC, warga keluarga TVAlhijrah, para ilmuan, rakan-rakan dalam industri pengacaraan dan hiburan USrah Fitrah, sahabat YADIM, alumni program-program saya dan semua kenalan dari seluruh Malaysia dalam dan luar negara termasuk Mat Lutfi yang sedang sambung master di Perth, Australia menelefon saya melalui Kekanda Syirfan (Penerbit Kanan TVAH)... membuat air mata saya mengalir betapa indahnya hidup berkasih sayang dan bersahabat.
Susulan dari video fitnah yang diancam kepada saya untuk disebarkan, saya telah mebuat laporan kepada polis, SKMM (via Cyber999 & Pesuruhjaya SKMM sendiri) dan Youtube. Alhamdulillah, mereka semua memberi respon posiitif dan bertindak pantas termasuk Youtube telah membuang akaun youtube individu tersebut.
Setelah bertubi-tubi saya diugut oleh ‘si pemfitnah’ saya dari FIlipina dan saya tidak respon walau satu ayat, kira-kira jam 1.40 pagi beliau MEMINTA MAAF KEPADA SAYA. Saya mengambil keputusan untuk tidak siarkan kenyataan penuh beliau kerana menghormati ‘privacy’ beliau walau apa jua kejahatan yang beliau lakukan kepada saya. Namun, jika dia mengulangi kejahatannya lagi, saya tidak akan teragak-agak menyiarkannya kepada semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak bodoh, mereka bijak dalam menilai dan berfikir!
Kepada seluruh rakyat Malaysia dari dalam dan luar negara, terima kasih kerana bersama saya. Tatkala saya menaip di saat ini, air mata terharu, syukur dan terima kasih mengalir dari mata saya. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas sokongan luar biasa anda semua yang tidak mampu saya balas melainkan doa kesejahteraan, perlindungan dan kasih sayang dari Allah buat semua!
Saya berikrar untuk terus teguh dalam kerja dakwah melalui program latihan dan motivasi, penulisan buku, pengacaraan dan apa jua medium terbaik untuk ummah. Saya akan bangkit lebih kuat dan bersemangat. Sekiranya FITNAH MASIH TERSEBAR selepas ini, kita hadapi bersama dengan KEKUATAN & KEPERCAYAAN. TERIMA KASIH MALAYSIA!

Sedikit ringkasan tentang Amin Idris
Maklumat Diri
[+] Kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan.
[+] Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant
[+] Penulis buku
[+] Pengacara televisyen
[+] Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
[+] Penerima Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training
[+] Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS)
Pendidikan :
[+] Lulusan Pengajian Undang-Undang (LL.B Hons) di UIAM
[+] Lulusan Guidance and Counseling (Master) di UIAM
Pencapaian Semasa :
[+] CEO merangkap Prinsipal Trainer di Amin Idris Training Consultant
[+] Penulis buku. Menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti;
- RK Presiden
- RK Pustakawan
- RK Ketua Biro
- RK Ketua Pasukan
- PDA Pemimpin Wibawa
- PDA Mesyuarat Berkesan
- Magnet Diri
- Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya
[+] Penyampai Motivasi dan Pengacara Rancangan Bual Bicara di TV al-Hijrah
[+] Penulis skrip untuk TV Pendidikan
[+] Pengacara sambilan rancangan-rancangan TV Pendidikan di TV9
[+] Pengacara sambilan di RTM 1
- Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008 & 2009
- Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan 2008 & 2009
- Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa tahun 2008 & 2009
[+] Menyampaikan klip motivasi Bahasa Inggeris di radio Traxx.fm (frekuensi 90.3)
[+] Penyampai Motivasi Pagi di Radio IKIM.Fm.
[+] Menjadi tetamu bualbicara di Radio 24 (frekuensi 93.9)

0 Response to "KENYATAAN AMIN IDRIS SELEPAS DIFITNAH"
Catat Ulasan