Walaupun kes cerai antara mereka hangat di perkatakan di media-media sosial, namun hari ini kes tersebut menemuai satu tanda positif.
Dalam perkembangan terbaru melaluai laman sosial Fiza, beliau telah memuat naik gambar suami nya Adam dengan Caption " Good Night Abi .. Ami zZzZzZ ( tidur ) dulu " .
Caption romantis ini memberi seribu keterujaan pada peminat-peminat Fiza dan Adam yang mana rata-rata antara mereka memanjatkan rasa syukur dengan perkembangan positif itu.
Rata-rata antara mereka mendokan agar hubungan Fiza dan Adam terus kekal hingga akhir hayat, itu lah harapan dan doa peminat untuk Fiza dan Adam.
Khabar mengenai keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.
Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.
Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan, admin berharap agar hubungna mereka berdua terus kekal hingga akhir hayat. Amin.
0 Response to "Kes cerai Fiza dan Adam temui tanda Positif, mereka akan kembali bersama !"
Catat Ulasan