
Didalam Islam, bertudung tu wajib kepada semua wanita bagi tujuan menutup aurat. Tudung juga bukanlah dipakai sekadar untuk berfesyen atau untuk menunjukkan tudung siapa yang paling mahal..
Malangnya, ada pengusaha tudung dalam negara kita ni berlagak dan riak sangat pasal tudung keluaran dorang yang mendapat sambutan orang ramai walaupun mahal..
Dari situ mulalah keluar ayat takbur untuk memperlekehkan ketidak mampuan pompuan lain didalam membeli tudung keluaran dorang..
Rasanya kalau dah kaya sekalipun, tak payahlah berlagak sangat perlekehkan orang lain yang tak mampu nak beli tudung awak tu Mawar oii.. Bukan cantik mana sangat pun tudung Fareeda tu kalau nak dibandingkan dengan tudung jenama lain..

Malah sebelum dia kahwin dengan laki dia tu, gua jugak pernah berkerjasama dengan artis terbabit didalam menjayakan satu karnival besar di Putrajaya..
Sebelum ni, Syarikat tudung Fareeda ni dah pernah timbulkan kontroversi pasal kenyataan penjualan tudung dorang tak ada kene mengena dengan agama.. Secara ringkasnya, syarikat Fareeda tu hanya semata-mata menjalankan bisnes tudung sahaja beb.., bukannya untuk menggalakkan muslimah menutup aurat.

So gua rasa.., dengan kenyataan berlagak dari Mawar tu, bisnes dorang lepas ni mesti "demam" seketika.. Itupun memadailah daripada padam terus kannn...
Harapnya laki Mawar si Fizo tu cepat-cepatlah suruh bini dia mohon maaf kepada semua wanita muslimah di Malaysia ni diatas keterlanjuran dia yang lupa diri dalam Facebook tu... Sekurang-kurangnya, itu boleh tunjukkan Mawar ada sikit rasa rendah diri.. Kalau tak.., tak tahulah nak cakap beb...

0 Response to "MAWAR KARIM BERLAGAK.., TUDUNG FAREEDA BAKAL DIBOIKOT."
Catat Ulasan