
Apa cerita? mana satu yang betul..! Kenyataan PM dia pun dia nafikan..! macam mana ni..! siapa main siapa ni..! yang cukup kuat terasa kita yang dah kena main..!!!
Pasukan Penyelaras Agensi Bersama (JACC) pesawat Malaysia Airlines MH370 dilihat memperlekehkan kenyataan Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang mendakwa pencari yakin dapat mengenal pasti kedudukan kotak hitam pesawat itu dalam beberapa kilometer.
Jurucakap JACC, Angus Houston berkata jumlah keseluruhan kawasan pencarian masih bersaiz 46,713 kilometer persegi, lapor Sydney Morning Herald.
"Ia tidak berubah," kata jurucakap itu mengulas kenyataan Abbott.
Dalam ucapannya di Shanghai, Abbott berkata kawasan pencarian kini sudah dikecilkan.
"Kami amat yakin bahawa kami mengetahui kedudukan perakam kotak hitam pesawat dalam beberapa kilometer, bagaimana ia tidak sama dalam penemuan serpihan," katanya.
Kenyataan Abbott itu mencetuskan kekeliruan apabila Houston berkata dalam kenyataannya merujuk kepada analisis isyarat diambil kapal selam menunjukkan ia tidak boleh dikaitkan dengan perakam kotak hitam.
"Berdasarkan maklumat saya boleh katakan tidak ada penemuan terbesar dalam pencarian MH370," katanya.
Kenyataan Houston itu sekaligus menafikan laporan yang tidak sah oleh media bahawa kotak hitam MH370 berjaya dikesan.
0 Response to "MH 370 ~ Siapa Main Siapa..!"
Catat Ulasan