Memetik kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitternya, Lofa menjelaskan jika betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes tersebut.
"Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut.
"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," ujarnya.
Dalam pada itu, Lofa juga mengharapkan agar pihak wartawan berusaha mendapat maklumat yang betul daripada pihak berkuasa seperti jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu kerana perkara seperti ini boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai artis.
0 Response to "Neelofa Kesal Tuduhan Ditangkap Khalwat"
Catat Ulasan