Peluk Islam Ramadan ini, Felixia ulas mengenai laporan Harian Metro :
KANGAR – Cahaya hidayah semakin menghampiri model jelita Felixia Yeap, 27, apabila mengesahkan bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” kata bekas model Playboy itu ketika ditemui Harian Metro, di sini.
Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya memerlukan lebih masa.
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi, antara yang utama, saya masih perlukan masa, buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.
“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui selepas sesi fotografi baju kurung myjubah.com, di sini, baru-baru ini. – myMetro Online
Jawapan Felixia :
Mengulas laporan akhbar tersebut , saya TIDAK boleh "revert" lagi buat masa sekarang, yang paling awal pun MUNGKIN di bulan Ramadhan, itupun jika tiada apa-apa rintangan, katanya.
Kerana pada masa yang sama juga iaitu bermula hari ini sehingga akhir bulan Mei 2014, saya berada di muka depan majalah FHM di mana keadaan saya yang tidak menutup aurat. Gambar yang diambil untuk majalah FHM ini diambil awal tahun lagi, jadi jangan bagi apa-apa spekulasi lagi.
Justeru itu saya menekankan " jika tiada apa-apa rintangan, maka ianya mungkin akan berlaku di bulan Ramadhan ini".
Harap maklum, dan JANGAN BERI PAKSAAN DAN TEKANAN LAGI kepada saya lagi.
Dan diharap dapat diberi privasi dan masa yang secukupnya kepada saya kerana ini merupakan hal antara saya dan Tuhan, dan saya sebagai manusia hanya boleh merancang, manakala Tuhan yang tentukan segalanya.
Salam Jumaat semua - Felixia.
Admin berharap semoga felixia sentiasa di beri rahmat dan hidayah supaya segala apa yang dilakukan akan berjalan lancar. Credit Fb felixia, HM
0 Response to "Peluk Islam Ramadan ini, Felixa minta jangan beri tekanan pada nya !"
Catat Ulasan