Penumpang mabuk cetuskan amaran rampasan pesawat di Bali !



Penumpang mabuk cetuskan amaran rampasan pesawat di Bali - Laporan awal sebelum itu menyebut pesawat berkenaan dirampas. 



Maklumat itu datang daripada  juruterbang pesawat berkenaan yang menghubungi pusat pengawal udara di Lapangan Terbang Ngurah Rai dan memaklumkan pesawat berkenaan dirampas.



"Maklumat terakhir, false alarm, penumpang mabuk cuba masuk kokpit. Tetapi kami sedang memeriksa (maklumat itu) lagi," kata jurucakap berkenaan seperti dipetik oleh portal berita, detik.com.



Pesawat Boeing 737-800 itu mendarat di Bali pada pukul 2.45 petang.



Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Herry Bhakti S. Gumay sebelum itu memberitahu media maklumat rampasan berkenaan termasuk kata-kata "hijacked" diterima oleh pusat pengawal udara di Ngurah Rai pada pukul 2.05 petang.



Lima penerbangan yang sepatutnya mendarat di Bali dialihkan ke Lapangan Terbang Juanda di Surabaya.



Sementara itu, penumpang serta orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut turut berkongsi gambar pesawat yang dilaporkan dirampas itu.






Namun selepas itu ancama tersebut rupanya dari seorang penumpang mabuk cuba menceroboh kokpit pesawat milik Virgin Australia yang dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Penumpang itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Virgin Australia dalam satu kenyataan awal melalui Twitter menafikan laporan bahawa pesawat tersebut dirampas sebaliknya mengatakan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat. Credit Astro awani 



Related Posts :

0 Response to "Penumpang mabuk cetuskan amaran rampasan pesawat di Bali !"

Catat Ulasan