Ramai lelaki Nigeria kononnya berhijrah ke Malaysia untuk mempelajari Bahasa
Inggeris di kolej swasta walhal majoriti mereka sediakala mampu menggunakan
bahasa kedua negara kita tanpa sebarang masalah. Cuma loghat dan pengucapan
bahasa mereka kekadang amat sukar untuk difahami.
Kebanyakkan daripada kita tahu
bahana perlakuan lelaki Nigeria. Mereka bukan sahaja menggoda perempuan
tempatan, malah sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan mangsa. Jika
terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet, lelaki Nigeria lazimnya cuba
mendekati gadis Melayu, Cina dan India. Gadis berasal dari Sabah dan Sarawak
juga dilaporkan turut menjadi mangsa mereka. Sebaik hati mangsa berada dalam
genggaman, lelaki Nigeria tidak teragak-agak menggunakan akaun bank gadis
terbabit untuk menyalurkan wang hasil penipuan internet. Tubuh gadis tempatan
juga diratah rakus sepuas hati hanya menggunakan umpanan kata-kata manis
dibisikkan ke telinga mangsa.
"I asked for a rose, God has given me a
garden. I asked for an angel, God has given me, you"
Itu antara ayat
manis pernah saya baca tercatat di dalam buku milik nota lelaki Nigeria ketika
rumah individu terbabit dan rakannya diserbu oleh pihak polis. Kenyataan
sebegitu ternyata mampu mengakibatkan ramai gadis Malaysia tersadai layu di
dalam dakapan erat mereka.
Pengakuan gadis Melayu pernah saya temui
sebelum ini juga agak mengejutkan. Mangsa bertubuh pendek serta gempal, mendakwa
sering didukung ke bilik air. Berasa amat dimanjakan, gadis terbabit lazimnya
dimandikan oleh teman lelakinya sebelum dibaringkan di atas tilam empuk dalam
keadaan hanya bertuala. Katil kusam sedikit berbau kemudian menjadi medan mereka
bergomol dan bergelumang untuk mencapai kepuasan seks. Bayangkan jiwa gadis
tempatan selama ini tidak pernah dibelai dek lelaki, pasti mereka berasa ceria
sentiasa disanjungi setiap kali bersama teman lelaki warga asing
itu.
"Lelaki Melayu mengelak memilih pasangan bertubuh gemuk, lelaki
Nigeria berbeza. Mereka amat menghargai tanpa mengira bentuk badan kita," jelas
gadis terbabit.
Lelaki Nigeria juga bersifat membujur lalu melintang
patah. Wanita sedang dilanda kesunyian, barangkali kerana tidak begitu
dihiraukan dek suami menjadi sasaran mereka. Malah pernah wanita Melayu berusia
lebih 60 tahun ketagihan seks, berulang-alik ke apartment lelaki Nigeria hampir
setiap hari. Wanita layak digelar nenek itu tanpa segan silu turut mengusung
anak kecil perempuannya dan gadis cilik terbabit diminta duduk berehat di ruang
tamu sedang ibunya mengecapi kenikmatan mengujakan di kamar kekasihnya. Kisah
itu diceritakan sendiri kepada saya oleh gadis Melayu tinggal serumah bersama
kekasihnya, juga lelaki Nigeria di Sunway Mentari, Petaling Jaya,
Selangor.
"Tatkala mengadakan hubungan seks, lelaki Nigeria itu ketagih
menepuk punggung wanita tua terbabit, barangkali untuk tujuan menaikkan nafsu
mereka bersama," katanya kepada saya.
Majoriti lelaki Nigeria tinggal
secara berkumpulan. Mereka memilih apartment atau kondominuim agak tersorok dari
pandangan mata masyarakat setempat Mereka enggan kelibat dilihat terlalu kerap
sehingga menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai.
"Beberapa
kali, ketika membeli barang di 7-Eleven, lelaki Nigeria datang menghampiri saya
di kaunter dan menawarkan wang untuk membayar barangan dibeli. Jika tidak
dilayan, sebilangan mereka mengekori saya menaiki lif. Hairannya mereka tidak
menekan butang tingkat unit apartment atau kondominium. Mereka membiarkan saya
menekan butang lif semata-mata untuk mengetahui lokasi saya tinggal," ujar rakan
berusia 24 tahun.
Tentunya situasi sebegitu menakutkan gadis
tempatan.
Kepada gadis tempatan tanpa mengira bangsa, berikut antara
petanda jelas bahawa diri anda telah dipergunakan oleh lelaki Nigeria untuk
tujuan penipuan menggunakan internet :
1. Tinggal serumah dengan mereka
dan berasa amat selesa dibelai, dipuji serta disanjung setiap hari.
2. Akaun
bank anda digunakan oleh mereka untuk pelbagai transaksi seperti untuk
mendepositkan wang dari sumber tidak dikenal pasti atau pengeluaran.
3. Nama
anda digunakan untuk membuka akaun jalur lebar di rumah dihuni oleh lelaki
Nigeria.
4. Setiap kali mereka berjaya menipu mangsa, anda diberikan wang
upah di antara RM100 dan RM200 dan kemudian disusuli membawa anda berhibur
sepanjang malam.
Jika anda menyedari telah dipergunakan dan ditipu oleh lelaki Nigeria,
sila berhubung dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan kadar
segera.
0 Response to "RAHSIA LELAKI NIGERIA ENGGAN DIDEDAHKAN KEPADA GADIS MELAYU"
Catat Ulasan