Pasir Puteh: Dua pelajar di Kelantan berdepan hukuman gantung akibat diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah.
Mereka yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, adalah antara lima pelajar yang direkrut menjadi ahli sindiket pengedaran dadah untuk menjual bahan terlarang itu khususnya kepada pelajar lain.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata risikan mendapati sindiket terbabit mula merekrut pelajar sejak awal tahun ini bagi mengelak penjualan dadah, khususnya pil kuda kepada golongan itu dikesan oleh pihak berkuasa.
“Walaupun peratusan kes jenayah dadah menurun berbanding tahun lalu, statistik sehingga April lalu menunjukkan ada lima kes pelajar terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, termasuk dua berdepan hukuman gantung,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia di Jeram Linang, di sini, semalam.
Mazlan berkata, sebelum ini pelajar didapati menyalahgunakan dadah tetapi kini sudah ada yang menjadi ahli sindiket pengedaran dadah.
0 Response to "2 Pelajar di Kelantan bakal ke tali gantung"
Catat Ulasan