Benarkah Banjir di Makkah Menjadi Tanda Bahawa Kiamat Semakin Dekat ?
Benarkah banjir di Makkah ini menjadi tanda bahawa kiamat semakin dekat ? Pada pertengahan Disember tahun lalu , ketika turun salji di sebahagian wilayah Saudi , ini penjelasan Syaikh Su'ud Syuraim
.
Imam Masjidil Haram itu berkata , fenomena turunnya salji yang lebih sering terjadi membuktikan bahawa Muhammad shallallahu ' alaihi wa sallam benar - benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah Subhanahu wa Ta'ala .
Syaikh Syuraim menambah , salji merupakan komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan . Berjatuhannya salji di Semenanjung Arab membuktikan kebenaran Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam . Dalam sebuah hadis , Rasulullah bersabda , " Hari kiamat baru akan datang selepas negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai - sungai . "
Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahawa baru - baru ini salji telah turun di daerah Tabuk . Hal itu mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam kepada Muadz saat perang Tabuk , " Kalau umurmu panjang , maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun - kebun . "
Selain salji , melimpahnya air dengan datangnya banjir juga menjadi komponen pembentukan sungai dan tumbuhan . Dengan tersedianya air dan banyaknya tumbuhan yang hidup di Arab , maka wilayah itu berpotensi menjadi seperti yang disabdakan Nabi , menjadi padang yang hijau .
0 Response to "Benarkah Banjir di Makkah Menjadi Tanda Bahawa Kiamat Semakin Dekat ?"
Catat Ulasan