Ditangkap asyik kira wang hasil dadah




Kedah: Enam lelaki berusia 21 hingga 52 tahun ditahan polis ketika sedang asyik mengira wang hasil jualan dadah di sebuah lokasi sejauh lima kilometer di dalam hutan Mukim Siong dekat Baling, semalam.



untitled



Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Baling meredah hutan dengan berjalan kaki mulai jam 7 pagi, sebelum mengintip sebuah pondok yang menjadi lokasi berkumpul ahli sindiket dadah berkenaan.



Polis menyerbu dan menahan semua ahli sindiket itu dan merampas heroin serta ganja (gambar) bernilai RM19,000.




sumber

0 Response to "Ditangkap asyik kira wang hasil dadah"

Catat Ulasan