Dyana tidak endah fitnah bikini merah jambu yang dilemparkan ke arahnya





Dyana-can-


Sekalung tahniah buat Dyana Sofya Mohd Daud yang dicalonkan DAP hari ini untuk bertanding di pilihan raya kecil Teluk Intan.



Peguam berusia 27 tahun ini yang juga setiausaha politik Lim Kit Siang dinamakan oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai calon yang akan menggalas cabaran parti itu ketika pengumuman di pusat operasi pilihanraya Bandar Baru Teluk Intan sebentar tadi. Keputusan tersebut dibuat bagi menggambarkan kepelbagaian di dalam DAP.



Sebelum namanya diangkat selaku calon, Dyana telahpun mencetus berita. Imejnya diberitakan tersebar selepas desas-desus bahawa beliau akan bertanding bagi kerusi parlimen itu.



Mari imbau kembali episod ini. Ungkapan “jangan percaya apa yang kamu dengar” atau dalam kes ini, apa yang diperhati di Internet wajar diingati. Kita asyik dimomokkan berita palsu yang kita kadang-kala percaya bulat-buat.



Sewajarnya kita perlu luangkan masa untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita tanpa mudah membuat tanggapan tentangnya.



Contohnya, di dalam kes Dyana ini. Beberapa foto telah dimuatnaik ke pelbagai blog yang menunjukkan seorang wanita memakai bikini merah jambu – yang sudah tentu menarik perhatian serta pelbagai komen. Foto-foto ini didakwa menampilkan Dyana dan sudah tentu ia menyebabkan kita tertanya-tanya.



Melalui teknik manipulasi yang semakin popular di masa kini, sesiapa sahaja boleh menyebarkan gambar bagi tujuan memalukan atau mencemar imej seseorang, tambahan pula setiausaha politik tersebut merupakan penganut ajaran Islam.



Namun sebenarnya, ia menampilkan aktres Filipina Pauleen Marie Javier-Luna yang popular kerana membintang siri televisyen Eat Bulaga! di negara itu.



Dyana bagaimanapun tidak memandang serius tuduhan yang dilemparkan ke arahnya. Sudah pasti sekiranya beliau melatah, ia akan memburukkan lagi situasi.



Gambar fiksyen ini sebenarnya hanya digemari oleh sebilangan manusia yang suka membuat tanggapan buruk. Rakyat Malaysia seharusnya belajar untuk menjauhi tabiat ini kerana seseorang seperti Dyana wajar diadili berdasarkan buah fikiran, pendirian serta tindakannya.



Malah setiausaha agung Gerakan (yang akan bertanding dengan DAP di teluk Intan) Liang Teck Meng turut mengumumkan, “politik sewajarnya merupakan persaingan prinsip, idea dan dasar.”



Jadi apakah pengajaran daripada semua ini? Kita selalu membuat tanggapan tanpa memikirkannya secara masak-masak dan Internet merupakan alat yang hebat buat menyebar fakta dan maklumat. Cuma, jangan kita percaya segala-galanya yang dikongsi di ruang siber ini.



Dan Dyana mampu tertawa kerana beliau jelas tidak terlibat dengan foto-foto yang galak disebarkan ketika ini. Beliau juga dikatakan ‘mengaum’ kerana sebagaimana seorang pembaca menulis, “Harimau Jelutong mungkin telah tiada, tetapi Harimau Betina Teluk Intan kini menampilkan dirinya.” Sudah tiba masanya Dyana melangkah setapak lagi.



- Ace Emerson



via Media Suara Insan (MSI).


 

0 Response to "Dyana tidak endah fitnah bikini merah jambu yang dilemparkan ke arahnya"

Catat Ulasan