Ketika anda sedang memandu berseorangan di lebuh raya secara tiba-tiba ternampak satu beg plastik sampah dibuang daripada tingkap kereta yang berada di hadapan kereta anda.
Ia mungkin dilakukan oleh pemandu kereta, mengumpulkan bekas kotak makanan restoran segera bersama sampah sarap yang lain dengan memasukkan sampah sarap dalam satu beg plastik kemudiannya melambungkan bekas plastik dipenuhi sampah ke udara sambil memandu kereta laju di sepanjang jalan.
Atau mungkin seseorang duduk di kerusi penumpang, menurunkan cermin tingkap kereta sambil memegang cawan bekas minuman bersama dengan kulit buah rambutan dan langsat, kemudiannya membuang sampah merata-rata di lebuh raya lantas menakutkan anda yang sedang memandu pada ketika itu.
Ia seperti satu bungkusan padat – sampah dibuang dari tingkap kereta ke jalan raya atau ia boleh dilihat dari kediaman pangsapuri dan di tempat-tempat yang paling tidak dijangka.
Selamat datang ke Malaysia. Harus menyedari fakta menyatakan rakyat Malaysia berbangga menjadi sebuah negara berpendidikan dan bertamadun, ramai orang masih tidak mempunyai rasa sivik dan biasa.
Tindakan tidak bertamadun itu, seperti menggunakan lebuh raya dan jalan raya tempatan sebagai tempat pembuangan sampah (ada kulit durian yang dilambung ke jalan raya), malangnya dan malu agak biasa.
Isu-isu mengenai menjaga kebersihan langsung diketepikan, membuang sampah dari tingkap kereta boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya yang serius.
Jadi, mengapa orang melakukannya? Secara ringkasnya, kerana semua orang lain boleh melakukannya.
“Bukan sahaja ia kelihatan buruk, tetapi ia juga boleh menjadi merbahaya kepada manusia dan haiwan,” kata seorang pemandu, Jeffrey Low, yang mempunyai pengalaman satu beg plastik sampah terbang dari tempat duduk penumpang kereta di depan mengenai cermin kereta di bahagian hadapan.
Ia menyebabkan beliau hilang kawalan buat seketika ketika memandu keretanya dan hampir melanggar beberapa ekor anjing berada di tepi jalan di kawasan kejiranan.
“Kandungan beg plastik sampah itu dipenuh dengan bateri lama, tin minuman dan beberapa mangga busuk,” kata beliau.
Melambung tinggi beg plastik sampah dan membiarkan ia jatuh menjadi masalah yang serius. Sampah dibuang keluar dari tingkap bukan sahaja terhad kepada kenderaan bergerak tetapi juga bangunan apartmen dan lain-lain bangunan tinggi.
“Sebuah sofa besar hampir menimpa kepala seorang wanita berjalan sambil mendukung seorang bayi baru berusia tiga bulan di bawah kediaman kondominium Pantai Hillpark, di mana salah satu daripada rakan-rakan kami tinggal,” kata seorang guru sekolah antarabangsa Freda Soon kepada theantdaily.
Tidak lama kemudian, seorang penduduk yang telah menetap di kediaman apartmen di Mont Kiara selama lebih satu dekad menambah: “Ia sungguh memalukan. Saya telah mengumpulkan semua jenis barang-barang pakaian saya yang lusuh dari kawasan balkoni. Saya fikir kita hidup dalam komuniti masyarakat awam? Jelas sekali tidak”.
“Pangsapuri yang kami beli di Desa ParkCity dahulunya mempunyai persekitaran yang menyenangkan. Tetapi jika anda memandang keadaan sekeliling dengan teliti, anda masih melihat orang membuang sampah keluar dari tingkap. Seseorang penduduk bangunan ini menjadi mangsa apabila sebuah beg mengandungi daging busuk jatuh mengenai tepat kearah kepala dan mukanya,” ujar Rita Wong.
“Kami mengeluarkan caj perkhidmatan untuk pengurusan bulanan yang meliputi perbelanjaan pembersihan merangkumi keseluruhan kawasan bangunan, tetapi namun ia tidak akan membantu seandainya orang terus membuang sampah ke luar tingkap mereka,” tambah beliau.
“Apabila kita kemukakan masalah ini kepada pihak pengurusan, mereka memberitahu kita bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Polis, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tindakan. Walaupun anda telah mengemukakan bukti, tiada apa yang boleh dilakukan kerana undang-undang terhadap kebersihan jarang benar-benar dikuatkuasakan di sini.
“Keadaan ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan menjadi semakin pemalas hari, mereka tetap membuang sampah keluar dari tingkap, sebaliknya bukannya melakukan sesuatu mengenainya, ” katanya.
Ia adalah menyedihkan bahkan apabila mengetahui bahawa pemilik rumah yang menetap di pangsapuri mewah tidak dapat berfikir waras bagaimana untuk menggunakan tong sampah.
Sisa-sisa bahan buangan sampah kertas tisu, putik kapas, lampin kotor, sisa kebersihan, makanan berkulat, perut haiwan, buah-buahan yang telah menjadi busuk dan roti tamat tempoh kini bertukar menjadi “objek terbang”.
Sampah dibuang di tepi jalan raya menyebabkan komuniti menghirup udara bau busuk, sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang akan menyebabkan pencemaran, pencemaran, tersumbat serta masalah-masalah lain.
Longkang tersumbat diketahui menyebabkan banjir yang boleh membawa kepada kesesakan lalu lintas besar-besaran dan juga salah satu menjadi punca faktor kemalangan jalan raya.
Oleh itu, sampah tidak wajar dibuang begitu sahaja tanpa melupuskan di tempat yang sepatutnya kerana ia bukan sahaja membawa kesan alam sekitar tetapi juga mengancam keselamatan awam.
Sisa-sisa sampah sarap yang terperangkap dalam longkang juga akan menarik binatang seperti tikus, lipas dan pepijat apatah lagi mengakibatkan penyebaran denggi yang sehingga kini masih menjadi masalah yang serius di Malaysia.
Kebanyakan orang kurang memperkatakan mengenai masalah sampah, atau melihatnya sebagai satu masalah. Tetapi ia adalah punca sebenarnya.
Kita seharusnya perlu mengubah persepsi, tabiat perbuatan mereka yang suka membuang sampah merata-rata.
Kita juga perlu menghapuskan tabiat buruk ini dan berganding bahu bersama-sama pegawai-pegawai bandar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat menghentikan masalah semakin berleluasa.
- Ace Emerson
0 Response to "Fenomena rakyat Malaysia yang suka buang sampah dari tingkap kereta"
Catat Ulasan