Gambar Comel Anak Kedua Ayu Raudhah Selamat Dilahirkan !





Pelakon cantik Ayu Raudhah selamat melahirkan anak keduanya pada jam 2.15 petang Jumaat. Ayu menerusi laman instagram miliknya memberitahu bayi lelaki seberat 2.73 kg itu lahir dengan selamat dan berada dalam keadaan yang sihat.

alhamdulillah berkat doa dr keluarga kwn2 dan kalian semua.. pd jam 2:15 ptg ayu selamat melahirkan baby boy seberat 2.73kg alhamdulillah syukur syukur syukur.. - ayuraudhah_7






Di samping itu, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan ini juga turut melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kelahiran cahaya mata yang kedua. Pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun. 

sumber

0 Response to "Gambar Comel Anak Kedua Ayu Raudhah Selamat Dilahirkan !"

Catat Ulasan