Gambar Ngeri..Remaja Hidapi Tumor Di Muka !


PHOTO: It took doctors 12 hours to remove the tumor.



Seorang remaja berusia 15 tahun dari Haiti menjalani pembedahan selama 12 jam untuk membuang tumor gergasi seberat 1.8 kilogram di wajahnya.Pembedahan pembuangan tumor ke atas Hennglise Dorvial itu dijalankan di Virginia, Amerika Syarikat atas anjuran badan amal Operation Smile, baru-baru ini.


Operation Smile menjalankan pembedahan khas untuk kanak-kanak dari negara miskin seluruh dunia yang mengalami masalah rekahan bibir dan kecacatan lelangit







Seorang pakar bedah tumor, Dr William McGee yang merangkap Ketua Pegawai Eksekutif badan amal itu berkata, pembedahan ke atas Hennglise ialah pembedahan pembuangan tumor terbesar yang pernah dilakukannya.


Dia berkata, tumor Hennglise itu tidak membahayakan tetapi hanya mencacatkan wajah remaja terbabit.

Sementara itu, rawatan pembedahan gadis berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh ahli perniagaan terkenal, Larry O’Reilly.



O’Reilly berkata, dia membayar lebih AS$120,000 (RM387,515) untuk perubatan, kos perjalanan dan perbelanjaan lain bagi remaja terbabit untuk datang ke Amerika Syarikat bersama ibunya dan beberapa jurubahasa, lapor The Rakyat Post.

PHOTO: 16-year-old Hennglaise had a four pound tumor removed from her face.

Doctor looks at facial tumor

Terkini - Tumor berjaya dibuang hasil pembedahan >> sini

sumber

0 Response to "Gambar Ngeri..Remaja Hidapi Tumor Di Muka !"

Catat Ulasan