Gerakan Ikut MCA Tak Bertanding PRK Teluk Intan Kerana HUDUD !



 









Presiden Parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong bersedia Tanding PRK Parlimen Teluk Intan
                    Hudud: Gerakan tidak perlu bertanding PRK Teluk Intan

[hd]- Jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya pada Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama di Teluk Intan kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud.

“Malah, Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan pada 31 Mei ini berikutan kematian Seah Leong Peng daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan  K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Dalam pilihanraya kecil itu nanti, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi.

Tetapi memandangkan hari penamaan calon pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini.

Menurut Shahbudin lagi, walaupun Gerakan tiada kerusi menteri atau timbalan menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihan raya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui.

“Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu.

Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan,” tulisnya lagi.





 

0 Response to "Gerakan Ikut MCA Tak Bertanding PRK Teluk Intan Kerana HUDUD !"

Catat Ulasan