Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim.
1. Robert Kuok (RM54.48)
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas
2. T. Ananda Krishnan (RM33.19 bilion)
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.
3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM18.07 bilion)
Tokoh perbankan Public Bank ini kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion
4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM14.11)
Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini
5. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM13.12 bilion)
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari kedudukan keenam tahun lepas dengan kekayaan berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56 bilion tahun lalu.
6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM11.07 bilion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary jatuh ke tempat keenam berbanding tahun lepas walaupun kekayaan beliau meningkat sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun sebelumnya.
7. Tan Sri Lim Kok Thay (RM9.43 bilion)
Kekayaan ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM 7.47 billion)
Ibu kepada Tan Sri Lim Kok Thay mempunyai kekayaan sebanyak RM 7.47 billion, meningkat 3.2 peratus.
9. Datuk Mokhzani Mahathir (RM4.22 bilion)
Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.
10. Tan Sri Azman Hashim ( RM4.11 )
Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.
0 Response to "Inilah 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2014 !"
Catat Ulasan