Krisis Politik Terengganu:Dua ADUN nafi keluar UMNO


Kuala Terengganu: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang dikatakan mengikut jejak bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO, menafikan spekulasi yang mengatakan mereka keluar parti.

Dua ADUN itu iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan Rosli Othman (Kemasik) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Mohd Jidin dan Rosli berkata, mereka masih dan akan tetap bersama UMNO dan menganggap spekulasi yang tersebar hanyalah spekulasi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memporak perandakan politik Terengganu yang sedang bergolak.

Dalam masa sama ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad turut dikatakan keluar UMNO, bagaimanapun setakat ini difahamkan ia hanyalah spekulasi.


Namun, Nawi setakat ini gagal dihubungi.
--Hmetro

sumber

Related Posts :

0 Response to "Krisis Politik Terengganu:Dua ADUN nafi keluar UMNO"

Catat Ulasan