Anggota bomba dan rakannya memegang wanita tersebut
dengan kemas dan kuat. Keadaan begitu mencemaskan kerana wanita tersebut
meronta-ronta dengan kuat untuk melepaskan diri.
Sementara itu disebelah kanan kelihatan seorang
lagi anggota bomba yang kelihatan akan bertindak bila-bila masa bagi mengawal
keadaan.
Kesilapan
kecil dalam menangani insiden ini bukan sahaja akan mendatangkan bala kepada
wanita berkenaan tetapi juga kepada anggota bomba yang mempertaruhkan nyawanya
untuk menyelamatkan nyawa yang lain.

Pada pukul 7.20 pagi
tadi seorang wanita mengemparkan penduduk pangsapuri Desa Mentari 3 Taman Medan
di Petaling Jaya.Wanita berumur dalam
lingkungan 30-an yang dipercayai kurang siuman cuba untuk terjun dari tingkat 12
bangunan pangsapuri ini

Tanpa menghiraukan
rayuan dan jeritan penduduk, wanita ini terus duduk membatu atas awning bahagian
dapur jirannya.Dipercayai wanita
tersebut memanjat keluar dari bahagian dapur dari kawasan yang tidak bertutup di
sebelah kanan.Tiada perasaan takut
atau bimbang pada wajah wanita ini ketika duduk di atas awning yang ketahannya
untuk menampung beban yang berat yang boleh
dipersoalkan.

Sekumpulan 8 anggota
bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala, Petaling Jaya tiba di tempat kejadian
pada pukul 7.40 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan pada pukul 7.28
pagi.Kelihatan seorang
anggota bomba cuba memujuk wanita berkenaan yang telahpun berkahwin dan
mempunyai tiga orang anak, namun tidak diendahkan.

Detik cemas bermula apabila wanita berkenaan yang
sedikit terganggu dengan kehadiran orang ramai yang memerhatikannya bertindak
sedikit aggresif dan seperti nekad untuk terjun.

Bagaimanapun
percubaan pertama wanita ini untuk terjun berjaya dihalang oleh pasukan bomba
yang diketuai oleh Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi
Ahtan.Kelihatan anggota
bomba memegang erat pergelangan wanita tersebut daripada meneruskan
niatnya.

Aksi yang menimbulkan ketegangan itu mungkin
sedikit meletihkan wanita ini dan beliau kelihatan berbaring
sebentar.

Wanita itu
kemudiannya bangun dan bergerak ke bahagian kiri dan kelihatan tersenyum kepada
penduduk yang memerhatikan beliau dengan perasaan cemas dan bimbanng dengan
keselamatannya.Ketika ini anggota
bomba masih lagi berusaha untuk memujuk wanita
tersebut.

Aksi nekad wanita ini diperhati dengan
penuh debaran dan kebimbangan oleh penduduk. Ini adalah pertama kali kejadian nekad
sebegini berlaku di kawasan perumahan ini.Kedengaran jeritan penduduk apabila
setiap kali wanita ini bertindak seolah-olah mengancam untuk
terjun.

Selepas 30 minit memujuk, anggota
bomba terpaksa mengambil pendekatan lain dengan turut turun dan berdiri di atas
awning tingkap dapur rumah tingkat 11.Kelihatan seorang anggota bomba
memegang kuat wanita tersebut dan cuba memujuk wanita berkenaan untuk
bekerjasama.
0 Response to "Kronologi Bergambar Cubaan Wanita Bunuh Diri Di Pangsapuri Desa Mentari 3 Taman Medan di Petaling Jaya !"
Catat Ulasan