Lagi insiden penculikan di Sabah
KUALA LUMPUR – Satu lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi ini, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.
Dalam kejadian pukul 2.55 pagi di perairan Silam, Lahad Datu, seorang lelaki dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan telah dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot.
Mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik itu menyerbu premis sangkar ikan milik lelaki terbabit, lapor Utusan.
0 Response to "Lagi insiden penculikan di Sabah"
Catat Ulasan