MH370: Waris enggan terima pampasan
Kuala Lumpur – Sebahagian waris keluarga MH370 dikatakan enggan menerima pampasan insurans nyawa daripada syarikat insurans tempatan.
Menurut sumber industri insurans tempatan, sejumlah 50 penumpang rakyat tempatan layak menerima insurans nyawa yang berjumlah sekurang-kurangnya RM25 juta.
“Terdapat 10 hingga 12 waris tidak mahu menuntut pampasan insurans walaupun sudah dihubungi oleh syarikat insurans.
“Ini kerana mereka masih berharap ahli keluarga mereka selamat atau mahu melihat mayat dikebumikan mengikut upacara agama masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, setiap waris penumpang sudah menerima pampasan insurans antara RM60,000 dan lebih RM100,000 bergantung kepada jenis insurans nyawa yang dimiliki.
0 Response to "MH370: Waris enggan terima pampasan"
Catat Ulasan