[Panas] Ahmad Said Telah Menandatangani Surat Persetujuan Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar !





Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

[mstar]- Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.







Abdul Razif
Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.


                                    Ahmad kekal MB, kata Umno Terengganu

[fmt]- Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dijanjikan kekal memegang jawatan itu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kata pemimpin Umno negeri hari ini.

Najib membuat pengumuman tersebut dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno di Kuala Lumpur hujung bulan lalu, dakwa Ketua Penerangan Umno negeri Terengganu, Datuk Senator  Abdul Rahman Bakar.

“Tidak akan ada pertukaran jawatan menteri besar. Kita berpegang kepada janji Datuk Najib. Datuk (Seri) Najib kata tidak akan tukar menteri besar Terengganu.

“Kita nak percaya Datuk (Seri) Najib atau orang lain..Datuk Najib buat pengumuman ini dalam mesyuarat MT Umno dua minggu lalu,” kata Abdul Rahman lagi.

Bekas ahli parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa Ahmad akan digantikan dengan pemimpin lain dalam masa terdekat.

Dua nama disebut mengambilalih tempat Ahmad iaitu Adun Seberang Takir Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Puteh,  Wan Hakim Tan Sri Mokhtar.

Spekulasi mengenai pertukaran Ahmad berlegar sejak beberapa minggu lalu apabila ada laporan mengatakan dua menteri besar akan digantikan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut nama menteri besar berkenaan tetapi ia difahamkan menjurus kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tidak dengar perubahan

Manakala bekas Setiausaha Umno Dungun, Datuk Zaaba Mohd Adib juga penuh yakin Ahmad tidak akan ditukarkan.

Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Terengganu berkata, Najib sendiri berjanji akan mengekalkan Ahmad sebagai menteri besar.

“Saya tidak dengar sebarang perubahan baru selepas pengumuman perdana menteri itu. Pertukaran Datuk Ahmad hanya khabar angin.

“Tidak ada sebab menukar sekarang memandangkan kedudukan kerusi BN hanya 17 manakala pembangkang 15,” katanya.

Zaaba berkata, rakyat Terengganu menyokong kepimpinan menteri besar dan tidak ada sebarang masalah kepada negeri.

Ahmad menjadi Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh pada pilihan raya umum tahun 2008.

Zaaba juga menjelaskan Umno negeri tidak lagi berpecah ekoran Idris tidak lagi dilantik sebagai menteri besar Terengganu.

“Ini kerana ramai orang Idris sudah tidak bertanding dalam pilihan raya umum Mac tahun lau,” tambah beliau.





sumber

0 Response to "[Panas] Ahmad Said Telah Menandatangani Surat Persetujuan Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar !"

Catat Ulasan