Kali ni ISMA sudah lebih ....... Mereka masih tidak mahu belajar dari apa yang telah berlaku baru-baru ni, Telah banyak pihak beri amaran kepada Presiden Isma, Kerana menghasut atas kenyataan beliau yang keras sebelum ini.
KJ yang bertaraf Menteri pun marah pada ISMA, Sudah-sudah la ISMA ! Tolong hentikan sikap RASIS anda itu ! Anda tidak membantu memupuk semangat perpaduan antara kaum jika terus bersuara begini.
Tindak-tanduk ISMA lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat samada kepada survival Islam atau Melayu.
Terpulanglah pada ISMA sam ada mahu teruskan atau kembali ke pangkal jalan.
- IdaMan
Dyana hanya ‘gula-gula’ untuk perbodoh orang Melayu, kata pemimpin Isma
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyifatkan calon DAP pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud hanya umpan ‘gula-gula murah’ DAP sahaja untuk perbodohkan Melayu, kata Naib Presidennya, Abdul Rahman Mat Dali.
Beliau berkata, tindakan meletakkan Dyana sebagai calon hanya untuk mengaburi mata orang Melayu.
Katanya, ia adalah umpan gula-gula bagi mereka yang bersifat anak-anak tidak matang untuk menilai gula-gula itu lalu memakannya.
"Orang yang cerdik lagi matang tidak tertipu dengan ‘small picure’ tetapi tetap faham dan waras terhadap ‘big picture’ perjuangan dan permainan DAP itu.
"Dyana adalah objek muslihat DAP dan bagi saya ia mahu menghina dan memperbodoh orang Melayu dengan taktik terbaru mereka kali ini," katanya melalui kolumnya di laman web Isma.
0 Response to "PRK Teluk Intan : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melalak Lagi"
Catat Ulasan