Rahsia rumah kedai terbongkar
KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah rumah kedai tidak berlesen yang menjalankan aktiviti pelacuran terbongkar apabila diserbu polis dalam kejadian yang di Taman Connaught, Cheras, di sini, malam tadi.
Dalam serbuan 11 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman turut menahan sembilan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam.
Difahamkan, kebanyakan pelanggan adalah mereka berusia 40 tahun ke atas dan mereka dikatakan akan membawa wanita terbabit ke hotel berdekatan.
Ketua operasi, Inspektor Mohammad Mohammad Jais berkata, semua wanita warga Vietnam itu berusia 19 hingga 46 tahun yang turut melakukan kesalahan kerana menyalahguna pas lawatan.
Ketika serbuan terdapat 28 pelanggan sedang berhibur dan mereka ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut, lapor Hmetro.
0 Response to "Rahsia rumah kedai terbongkar"
Catat Ulasan