
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan bantahannya terhadap tindakan Pemuda Umno yang melakukan kekecohan di hadapan ibu pejabat DAP semalam dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu, jika tidak ingin terus dilihat sebagai pemimpin yang lemah.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, insiden itu telah memalukan Umno, terutama Najib yang seringkali melaungkan slogan ‘transformasi’ dan mendakwa keharmonian dan rekonsiliasi nasional sebagai agenda utama kerajaan pimpinannya.
“Aksi-aksi keganasan ini menjadi peringatan tegas tentang politik Umno serta kelemahan kepimpinan Najib yang jelas gagal menunaikan janji-janji pembaharuannya.
“Kami mendesak beliau, selaku pemimpin (tertinggi) Umno dan Barisan Nasional untuk memberikan maklum balas.
Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh (ke atas insiden semalam),” katanya dalam sidang media pagi tadi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming sekali lagi mendesak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf dan mengambil tindakan terhadap ‘anak-anak buahnya’ yang melakukan kekecohan di hadapan ibu pejabat DAP semalam.
“Khairy seorang yang sangat aktif di laman twitter. Beliau suka memberikan komen (dalam pelbagai perkara).
Namun, beliau tidak ada sebut apa-apa pun berkenaan kejadian ini.
“Justeru, sekali lagi saya mendesak beliau agar memohon maaf serta mengambil tindakan terhadap ahli Pemuda Umno yang terlibat dalam insiden semalam,” katanya.
Menteri Belia dan Sukan itu adalah antara ahli politik yang menjadikan laman sosial sebagai kaedah utama mendapatkan sokongan, namun seringkali berdiam diri apabila dihadapkan dengan isu-isu yang tidak memihak dirinya.
Polis akan ambil tindakan
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai memaklumkan, polis akan mengambil tindakan, termasuk membuat tangkapan kepada individu yang terlibat dalam kejadian semalam.
“Saya bercakap dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Suprintendan (Nor) Azman (Muhamad Yusuf), dia maklumkan polis sedang siasat dan akan membuat tangkapan.
Tangkapan di bawah tiga kesalahan, iaitu intimidasi jenayah, soal perhimpunan aman dan perbuatan khianat,” katanya dalam sidang media sama.
Namun, beliau tetap menyatakan kekesalan kerana tangkapan tidak dibuat ketika insiden itu berlangsung, tidak seperti apa yang dilakukan kepada peserta perhimpunan aman sebelum ini.
“Polis buat banyak tangkapan ketika perhimpunan aman dan ‘vigil’. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil semalam.
Kita harap polis tunjukkan mereka berkhidmat untuk rakyat, bukannya Umno,” katanya lagi.
Ketika rusuhan semalam, peserta merosakkan papan tanda DAP di hadapan pintu masuk bangunan, selain mengugut untuk membakar bangunan parti.
- Roketkini
‘Kami tidak sesekali gentar dengan ugutan’ – Gobind
DAP sama sekali tidak akan tunduk dengan ugutan samseng Pemuda Umno semalam, malah insiden itu telah menguatkan lagi semangat parti itu dalam perjuangannya, kata Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo.
“DAP tidak akan takut dengan serangan seperti yang dilihat di ibu pejabat semalam serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu.
Ancaman yang bertujuan melemahkan semangat kami seperti ini tidak pernah dan tidak akan berjaya.
“Jika mereka fikir kami telah goyah, mereka silap besar.
Ini hanya menguatkan lagi tekad kami untuk berusaha lebih kuat ke arah Malaysia yang lebih baik, di mana setiap rakyat hidup aman dengan jaminan perlindungan undang-undang dan hak asasi mereka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP pagi tadi.
Kumpulan Pemuda Umno yang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu semalam telah memusnahkan papan tanda parti serta mengancam akan membakar bangunan parti pada masa akan datang.
Selain melakukan kerosakan dan ugutan, insiden semalam turut menyaksikan cubaan mencetuskan pergaduhan apabila mereka melaungkan “hancur DAP” serta membawa sepanduk seperti “Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!”
Dalam pada itu Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai berkata, insiden semalam menunjukkan kebangkitan ‘gangsterisme politik’ di Malaysia.
“Kejadian semalam serta di Pulau Pinang menunjukkan budaya gangster semakin menjadi-jadi dalam politik.
Apa yang dilakukan Pemuda Umno adalah satu keaiban dalam politik serta satu jenayah.
“Ia menjadikan Umno sebuah parti samseng dan ‘hooligan’. Kami kecam sekeras-kerasnya, dan amat kesal dengan apa yang mereka lakukan,” katanya lagi.
Pemuda Umno sememangnya tidak asing dengan provokasi tidak bertamadun seumpama ini, terutama siri gangguan dalam banyak ceramah ketika tempoh kempen Pilihanraya Umum yang lalu.
Turut hadir dalam sidang media itu antaranya adalah Timbalan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Fong Kui Loon, Ketua Pemuda Kebangsaan Teo Kok Seong, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng serta Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan Kuala Lumpur.
- Roketkini
Kekecohan DUN Pulau Pinang pada Rabu lalu menyebabkan 12 individu ditahan
[mstar]- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menahan 12 individu dan mengambil lebih 25 keterangan untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lalu.
Beliau berkata, beberapa laporan polis berhubung insiden itu juga diterima di negeri itu.
"Ada beberapa laporan polis diterima, hanya di negeri ini. Kita dah buka kertas siasatan dan 12 individu telah ditahan.
?"Lebih 25 percakapan dirakam setakat ini dan kita masih jalankan siasatan," katanya.
?Ketika ditanya mengenai dakwaan 12 individu tersebut hanya dididakwa atas kesalahan kecil, Khalid berkata, kes itu kini disiasat mengikut tiga seksyen.
?"Kita guna tiga seksyen dalam siasatan kes rempuhan di DUN. Jangan ingat kita tak beri perhatian serius.
Kita akan ambil tindakan ikut perundangan yang ada.
?"Dalam bab ini, kita tahu apa yang terbaik... seksyen apa yang perlu digunakan untuk siasatan," katanya.
?Sementara itu, beliau turut mengecam tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang mendesak Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani insiden rempuhan itu.
?"Itu memang kerja dia. Semua orang dia suruh letak jawatan," selorohnya.
0 Response to "Rusuhan Pemuda Umno Yang Bersikap Barbarik : Mana Suara Najib, Khairy ?"
Catat Ulasan