Tak Dapat Pindah,Negeri Sarawak Dimaki Hamun !






Gara-gara tidak puas hati tidak dapat berpindah daripada berkhidmat di bumi kenyalang, seorang pensyarah kolej komuniti meluahkan perasaan di Facebook milik peribadinya dengan kata-kata makian kepada negeri Sarawak. Antara kata makiannya seperti "Sarawak Daif, Haram jadah, orang Sarawak seperti lembu di cucuk hidung...dan bermacam-macam lagi". 




Pensyarah yang menggunakan nama Jonathan Joseph turut memuat naik gambar simbol makian. Menurut info yang dikongsi rakyat Sarawak di komen page I Love Sarawak, pensyarah tersebut mengajar di Kolej Komuniti Betong, Sarawak.



Perbuatan pensyarah tersebut telah membuatkan rakyat Sarawak berang. Ramai yang berkongsikan status dan gambar pensyarah tersebut dan mahukan tindakan segera dari pihak kementerian pendidikan. Tidak kurang juga mahukan kerajaan Negeri Sarawak menghalau penyarah berkenaan secepat mungkin.



Sebenarnya, pensyarah tersebut sudah lama tidak berpuas hati kerana permohonan berpindah gagal untuk kesekian kalinya. Pada awal tahun 2013, dia turut memuat naik status namun tidak se radikal seperti baru-baru ini. - Sumber Artikel























sumber

0 Response to "Tak Dapat Pindah,Negeri Sarawak Dimaki Hamun !"

Catat Ulasan