Teresa Kok mengaku tak bersalah


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Beliau dituduh menerbitkan satu penerbitan menghasut bertajuk 'Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014' yang disiarkan sempena Tahun Baru Cina lalu.
Hakim Norsharidah Awang kemudian membenarkan Teresa diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan kes pada 2 September depan.

0 Response to "Teresa Kok mengaku tak bersalah"

Catat Ulasan