
Memang padanlah pun kena bodoh dengan rakyat, Sendiri yang melarang jangan berpolitik dalam sekolah tapi sendiri yang buat.
Isunya sekarang bukan benar atau tidak membenarkan, Isu yang dibawa oleh BN sebelum ini ialah jangan gunakan sekolah untuk berpolitik.
Bila Pakatan Rakyat semua tidak boleh, Tak habis-habis nak bodohkan rakyat. - IdaMan
Tidak salah BN guna sekolah untuk kempen pilihan raya, kata Ahmad Maslan
Tiada salahnya sekolah digunakan sebagai lokasi berkempen jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) kerana ia juga merupakan aset kerajaan, kata Datuk Ahmad Maslan dalam ceramah bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.
Ketua penerangan Umno itu berkata, meskipun banyak pihak mengecam penggunaan sekolah sebagai tempat berkempen dalam pilihan raya, namun mereka mendapat kebenaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk mengadakan majlis itu.
“Saya timbalan menteri BN. Jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh mengadakan ceramah di sini.
"Kerana ini sekolah kerajaan,” katanya ketika berucap di hadapan 500 penduduk setempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak di Teluk Intan.
Semalam, Bernama melaporkan Ketua Bahagian Umno Teluk Intan, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad berkata penggunaan Sekolah Kebangsaan Selabak bagi kempen BN selari dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Biasanya pengurusan sekolah tidak membenarkan penganjuran aktiviti politik atau lawatan ahli politik ke sekolah atau merasmikan majlis di sekolah.
Katanya, perkara itu dirujuk kepada SPR kerana tiada tempat lain yang bersesuaian untuk mengadakan ceramah.
“Saya sudah menghantar surat kepada guru besar bagi meminta kebenaran mengadakan ceramah di sekolah dengan menyewa tapak dengan harga RM500.
“Kami juga mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah,” katanya. - The Malaysian Insider
Sepanduk yang mewar-warkan program ceramah politik BN menggunakan premis sekolah |
0 Response to "Tidak Salah Guna Sokolah Untuk Kempen Pilihan Raya, Kerana Sekolah Kerajaan BN Punya"
Catat Ulasan