Wanita Pernah Berkahwin Beberapa Kali, Siapakah Suaminya di Syurga ?
Terkadang , dalam hidup ini , ada wanita solehah yang berpisah dengan suaminya . Baik kerana bercerai atau suaminya meninggal dunia . Lalu , wanita solehah tersebut berkahwin lagi . Ketika mereka semua masuk syurga , siapakah yang akan menjadi suaminya ?
Imam Al Qurthuni di dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan bahawa Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu anhu berkata kepada isterinya , " Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga , janganlah engkau menikah lagi setelah aku . Kerana wanita adalah milik suaminya yang terakhir . "
Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu anhu pernah melamar Ummu Darda . Namun Ummu Darda menolak sambil berkata , " Aku pernah mendengar Abu Darda menceritakan sebuah hadis yang menyatakan ' Sesungguhnya wanita akan menjadi isteri dari suami terakhirnya kelak di syurga . ' "
" Begitu juga halnya dengan Ummahatul Mu'minin , " kata Abu Muhammad Jamal dalam buku Imra'atus Sami'in bi Aushafil huril Iin , " kelak di syurga akan menjadi isteri - isteri Rasulullah , walaupun sebelum dinikahi Rasulullah mereka pernah dinikahi orang lain . "
Namun , ada pula pendapat bahawa wanita solehah yang pernah berkahwin beberapa kali , kelak di syurga ia akan menjadi isteri dari suami yang paling baik akhlaknya .
Ummu Habibah pernah bertanya pada Rasulullah , " Wahai Rasulullah , wanita yang pernah mempunyai dua suami di dunia , lalu keduanya meninggal , lantas ketiganya bertemu di syurga , untuk siapa isteri itu , untuk suami pertama atau kedua ? " Rasulullah menjawab , " Untuk suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya . Kerana akhlak akan membawa kebaikan dunia dan akhirat . "
0 Response to "Wanita Pernah Berkahwin Beberapa Kali, Siapakah Suaminya di Syurga ?"
Catat Ulasan