Awie Minta Tunjuk Bukti Jika Benar Dia Pukul Isteri


Ingatkah lagi anda dengan kisah seorang penyanyi rock terkenal yang dikatakan telah memukul isterinya di khalayak sebuah bank di Ampang, minggu lalu? 



Awie Minta Tunjuk Bukti Jika Benar Dia Pukul Isteri, hiburan, gossip, isu hangat artis, kontroversi, info



Khabarnya, ia berpunca akibat perselisihan faham antara mereka mengenai isu kewangan.

 



Menerusi Harian Metro hari ini, nama pelakon dan penyanyi Awie telah dikaitkan dengan kejadian itu.





 



Bagaimanapun, dia meminta pihak yang mengeluarkan cerita itu supaya menunjukkan bukti terlebih dahulu.



“Buktikanlah dulu di pihak mana yang keluarkan cerita itu. Saya bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar jika ia dapat dibuktikan.



Setakat ini saya tak nak kata iya atau tak. Buktikan kalau benda itu betul adakah ia datang dari pihak terdekat atau orang luar?” ujarnya. 



Pada masa yang sama, Awie memberitahu perihal rumahtangga adalah sesuatu yang peribadi untuknya dan tidak akan mendedahkan sebarang cerita kecuali terpaksa.





Hmm…berteka-teki pula. Makin ramailah yang akan membuat spekulasi nanti.

Kalau betul tak buat, cakap saja ‘tak buat’…kan senang?



Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Awie Minta Tunjuk Bukti Jika Benar Dia Pukul Isteri"

Catat Ulasan