Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal


Kecoh apabila Nad Zainal dikatakan mahu membuat laporan polis tentang bekas kekasihnya, Azwan Kombos yang kononnya tidak henti-henti mengganggunya.



Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal, info, terkini, gossip, hiburan, siu hangat



Azwan Kombos tampil menafikan dakwaan Nad Zainal itu dengan berkata beliau sudah berhenti menghubungi bekas kekasihnya itu hanya beberapa hari selepas mereka berpisah. Jadi, siapa yang mengganggu Nad ye?




“Saya sebenarnya sudah penat nak bercakap mengenai hal ini kerana sudah berlanjutan selama dua bulan. Saya seorang lelaki, jadi kalau orang dah tinggalkan kita kenapa kita nak terhegeh hegeh dengan dia lagi?” ujar Azwan Kombos.





“Saya sudah tidak mencari Nad selepas beberapa hari berpisah serta telah memadam nombor telefon dia. Bagi saya perkara ini melibatkan polis, jadi saya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan saya untuk menyelesaikan perkara ini.”

Pelik sungguh kes ini. Apapun, semoga kedua-dua mereka selesaikanlah elok-elok. Tuhan akan tunjukkan kebenaran…

Sumber : myartis.my

0 Response to "Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal"

Catat Ulasan