Black Dan Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?


Semalam, ada kami berjumpa dengan seorang rakan ni, borak punya borak, tiba-tiba termasuk cerita mengenai bekas juara program Mentor iaitu Black.



 Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?, info, terkini, hiburan



Kami pun apa lagi, tanyalah mengenai perkembangan terbaru Black. Kot-kot dia tahu kan? Khabarnya, selain single terbaru Black iaitu Si Putih Si Merah rancak dimainkan di radio, ada satu lagi berita baik yang patut peminat semua tahu.




Haaa, kalau nak tahu, menurut sumber terdekat itu, Black dikatakan bakal bergelar bapa tak lama lagi kerana isterinya kini sedang hamil anak pertama. Wah! Betul ke?






Menurut sumber itu lagi, Black masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, tetapi ada beberapa rakannya yang sudah pun tahu akan berita gembira ini.






Bagaimanapun, kami ada menghubungi Black semalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran berita tersebut. Namun, menurut isterinya, Black sedang sibuk.




 Black & Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?, info, terkini, hiburan



Kami pun apa lagi, terus gunakan kesempatan yang ada untuk bertanya kepada Cira sendiri, tetapi dia enggan mengulas lanjut dan meminta kami bertanya sendiri kepada Black. Aduh, berteka-teki pula nampaknya.





Jika benar apa yang dikatakan, tahniah kami ucapkan kepada Black dan Cira. Maklumlah, perkara baik janganlah disorokkan. Tak gitu? Namun, jika ianya hanya khabar angin semata-mata, kami turut mendoakan agar Black cepat-cepat menimang cahaya mata









Sumber : ohbulan.com

0 Response to "Black Dan Cira Bakal Timang Cahaya Mata Pertama?"

Catat Ulasan