Dafi Marah Peniaga?


Ramai artis yang melahirkan rasa bengang dan marah terhadap segelintir pengguna laman sosial Instagram yang menjalankan perniagaan secara atas talian (online).



Dafi Marah Peniaga?, terkini, info, gossip, hiburan,



Biasanya hal ini berlaku kepada artis yang tidak menukar set profil mereka kepada peribadi apabila kelompok peniaga begini mengambil kesempatan menjengah ke ruang komen seseorang artis secara rambang.

 




Meski pernah dimaklumkan mengenai hal tersebut secara baik, nampaknya golongan ini tidak mengendahkan permintaan pemilik profil sehingga membuatkan kebanyakan mereka berang.

Itu juga yang berlaku pada Dafi sehingga baru-baru ini dia terpaksa bertegas mengeluarkan satu kenyataan di Instagramnya.

Secara terang-terangan Dafi yang panas hati dengan tindakan segelintir peniaga atas talian menganggap mereka tidak menghormati privasi ruangan komen tersebut yang tidak sepatutnya dihujani dengan komen-komen tidak masuk akal termasuk mempromosi barangan dan produk masing-masing.

"Mula-mula saya memang tak kisah dan anggap perkara itu bukan satu masalah. Tetapi sejak akhir-akhir ini semakin ramai pula yang suka ambil kesempatan.

"Saya akui naik rimas sebab mereka komen pada gambar yang tidak ada kena-mengena.Saya tahu hal ini bukan saya seorang saja yang kena. Ramai artis juga mengalami nasib yang sama.

"Itu sebab saya terpaksa mengeluarkan satu kenyataan di Instagram. Apabila kita beritahu di ruang komen secara baik-baik, mereka tak peduli," katanya.

Bukan berlagak atau perasan bagus sehingga tidak mahu Instagramnya 'semak' dengan komen dan promosi para peniaga atas talian terbabit cuma kata Dafi, dia mahu mereka menghormati ruang privasi tersebut untuk dia merasa lebih dekat dengan peminat sebenarnya.

"Tujuan saya membuka akaun Instagram adalah untuk berkongsi gambar dengan peminat kerana itu adalah salah satu medium yang paling mudah untuk saya berkomunikasi dengan mereka dan mendekatkan diri dengan peminat saya.

"Kalau yang komen dan sibuk nak promosi itu ini di situ, saya tak fikir itu adalah peminat. Mereka itu tak lebih sekadar golongan yang gemar mengambil kesempatan ke atas orang lain. Sebenarnya bukan sahaja artis, orang biasa juga pernah terkena," katanya.

Berharap para peniaga atas talian berfikiran rasional dan bijak menggunakan laman sosial, Dafi bagaimanapun tidak mahu ada yang salah faham dan menganggap dia sombong apabila dia bertindak memadam dan menyekat mereka di Instagramnya.





"Dulu saya diamkan saja. Sekarang saya tak mahu terus biarkan. Jadi saya padam dan sekat saja mereka di situ agar mereka tak ganggu saya berinteraksi dengan peminat sebenar saya. Apa yang pasti, saya harap mereka tak terasa," katanya.


Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Dafi Marah Peniaga?"

Catat Ulasan